platspender.wordpress.com

Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka

Minggu ni cuti panjang skit. Kalau ambik isnin campug dengan selasa dah 4 hari cuti.  Cuti panjang ni sempena pak janggut putih turun nak bg hadiah, ho ho ho. Aku ambik kesempatan cuti ni utk bwk famili aku berjalan. Destinasi kali ni ialah Melaka. Salah satu negeri yg agak jarang aku singgah. Kali ni kami ke Pantai Puteri yg terletak di Tanjung Kling. Pantai ini berada di Daerah Melaka Tengah, berdekatan dengan Pantai Klebang dan kira kira 10km dari Bandar Melaka. Inilah pertama kali aku dan famili sampai ke pantai ini.

First Impression?…terbaik la. Aku terkejut jugak tgk keadaan pantai di sini. Walaupun pantai tidak selebar pantai di sebelah Pantai Timur tetapi keadaan pantai ni amat bersih. Dengan pokok rhu yg memenuhi sebahagian pantai dan selebihnya diliputi pasir. Pantai ni amat sesuai utk aktiviti perkhemahan. Beberapa kemudahan utk kaki kaki nak berkhemah juga ada. Contohnya beberapa buah tandas awan. Kalau famili suka aktiviti outdoor, aku rasa pantai ni sesuai. Ramai jugak group group yg berkhemah disini.

Tu cerita kaki camping. Ni cerita kaki pancing. Dua tiga hari sebelum start trip, aku check dlm web, xtvt yg biasanya org buat kat sini. Antara yg dilistkan ialah memancing. Keadaan pantai yg tidak lebar tetapi memanjang memang amat sesuai utk dijadikan port memancing pantai. Disepanjang pantai ini terdapat berberapa pondok nelayan menyimpan bot dan deretan kedai kedai menjuai ikan. Umpan bukan masalah la. Boleh didapati sepanjang jalan ditepi pantai tersebut. Ada satu bahagian tu, ada tambak batu yg agak kedepan dr pantai. Ini cun kalau jadi tempat tenggek utk surfcast. Aku tak bawak peralatan. So cuma peram mata saja tgk dari jauh. Next trip, memang aku bwk sekali. Kalau nak lg cun, boleh riki bot nelayan yg byk ditepi pantai. Manatau kot kot ada yg bwk utk trip memancing. Jgn tanya aku. Tak dan nak riki.

Kami sekeluarga menginap di Hotel Pantai Puteri. Hotel yg baik, selesa dan lengkap dengan kemudahan dengan kadar sewa yg berpatutan. Wifi laju dan utk kwan aku yg tiap kali tanya hotel, syarat utama mesti ada swimming pool, hotel ni pun ada. Jgn risau nak apply MOU. Hotel pulak berada betui betui berhadapan dengan pantai. Cross jalan utama, terus boleh bukak baju dan terjun laut. Dalam kepala aku dah plan utk next trip.

Pantai Puteri Hotel

Utk keterangan lanjut boleh ke http://pantaiputeri.hotels.net.my/.

Advertisements

2 comments on “Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka

  1. HMS Admin
    December 29, 2012

    hurmm… sempat lagi hang boh… hehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 24, 2012 by in Lubuk and tagged .

Let join me

Join 2 other followers

Posting Menarik

platspender

Platspender @ Flickr

%d bloggers like this: