platspender.wordpress.com

The angler forgets most of the fish he catches, but he never forget the streams and lakes that they have caught

Kedai pancing Young Trading Store & LPM Pudu Tackle – Jalan Pudu

eKedai kedai ini teletak di Jalan Pudu. Bersebelahan Balai Bomba Jalan Pudu dan mengadap pejabat pos.Kedua dua kedai ini terletak behampiran diantara satu dengan yang lain. Kalau p yang satu ni, sure boleh singgah yang lagi satu.

Young Trading mempunya variati mesin dan rod dari pelbagai brand. Dari semahai mahai brand sampai la yang longgok dalam raga. Mesin yang mahai diletakkan diatas rak dibelakang kaunter. Variati dari PENN, Shimano dan Daiwa yang beharga RM1-2k. Yang sederhana skit dalam cermin dihadapan kaunter. Ni biasa range bawah 1k. Yang lg murah, dalam rak dihadapan pintu masuk kedai. Tu longgok dan range bwh RM100. Semua jenis mesin ada dijual disini, dari spinner ke multiplier dan dari bottom, jigging, trolling dan baitcasting semua ada disini. 
Sama jugak mcm rod, semuanya teletak ditengah tengah kedai disusun dalam rak. Brand brand seperti Expert Graphite, Daiwa, Abu, Ugly Stick, pioneer dan byk lg ada sini. Pada dinding belakang pulak, disusun segala jenis accessories. Mata, klip, perambut, main line dan mcm mcm lg. 
Tp kepada kaki gewamg, kedai ni mempunyai variasi gewang rapala dan yuzori yang pelbagai. Nak carik stock gewang, hampa boleh singgah sini. Selain dari tu, kalau yang reti nak pilih, boleh p tanya brother yg jaga kaunter. Mamat tu selamba boleh bg khidmat nasihat. Bro tu boleh sesuaikan set yang nak dipilih dengan trip yang nak dibuat. 
Kepada kaki sekelian, kedai ni memang kena singgah.  
Ni kedai no 2 dalam deretan yang sama dengan young enterprice. Park moto kat young dan berjalan kaki ke LPM. Dalam walking distance dan tak jauh. LPM mengalami sedikit perubahan dimana sekarang ni mempunyai variati barang barang dari shimano yang byk. Ada beberapa buah booth display shimano berada dlm kedai tersebut. Dihadapan kaunter, dirak cermin anda boleh melihat pelbgai jenis mesin dari shimano. Ada model model sahara, ultegra, alivio. Kat belakang pulak, model model yang lebih mahal dari shinamo. Aku tak ingat model apa tp yang harga beribu. Kepada kaki shinamo sekitar KL, kedai ni bebaloi utk dilawati. Biasanya harga pada price tag akan didiskaun sebanyak 5%. Boleh tanya bro kat kaunter utk kepastian.
Brand brand lain yang ada temasuklah dari Upro, Berkley, Asuka, Daiwa dan Owner
Accessories sama byk mcm kat Young Enterprice tp kat sini gewang Yozuri lebih byk. Gewang gewang ni berada pada bahagian depan kedai. Masuk kedai ja dah boleh nampak.
LPM Pudu Tackle boleh dihubungi : Steven Lee 019-663 1611 pada alamat no 401, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur, fix : 03-9223 3440.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 18, 2011 by in Kedai Pancing.

Let join me

Join 2 other followers

Posting Menarik

platspender

Platspender @ Flickr

@KLIA

roda

More Photos
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: